SUSHI KING JAPANESE CURRY MENU (Limited Time!)

Inilah kali pertama saya akan menulis dalam bahasa melayu, harap-harap awak semua boleh bertolerasi dengan bahasa rojak aku lol. Kalau tak kira salah, rasanya dah hampir 10 tahun sejak saya menulis dalam bahasa Melayu walaupun saya boleh membaca dan berbual dengan agak fasih tetapi bila disuruh menulis saya akan terus mencari alasan untuk megelakkannya. Oleh itu apa yang saya belajar sejak zaman sekolah pun dah mula dilupai, mintak maaf semua cikgu BM yang dulu susah payah mengajar arisa.

Percaya tak kalau arisa beritahu anda semua, dulu salah satu subjek kegemaran arisa adalah Bahasa Melayu kerana saya suka sangat menulis karangan, sama dengan Bahasa Inggeris!


Kari kiryu udon


  
Apasal tiba-tiba saya nak update blog saya dalam bahasa lain kan? Tiada alasan, saje nak cuba sesuatu yang baru dan mungkin nak cuba berapa banyak yang masih saya ingat lagi :)
Siapa yang minat makanan Jepun di sini?
Tak heran kalau ada banyak jugak pembaca blog arisa yang suka makanan Jepun macam arisa dan tempat untuk mendapatnya dengan harga berpatutan adalah Sushi King.
Sekarang Sushi King dah menambah beberapa hidangan yang baru untuk sementara waktu dan ia hidangan kegemaran orang Malaysia. Kari tapi dalam cara masakan Jepun!

Walaupun arisa belum lagi sempat cuba menu baru ni, banyak member-member kata ia sangat sedap! Harap boleh mencuba minggu depan selepas gaji keluar haha. Tapi saya ada satu kejutan yang best akhir post ini, saya ingin belanja satu pembaca blog yang bertuah untuk makan di sushi king. Jangan tak baca hingga akhir ya.

Nampak seperti nasi kari Jepun ala Malaysia lol.

Kalaulah nak cakap tentang Kari Jepun, selalunya ia manis dan tidak pedas macam kari kitaorang kan? Tapi untuk keluaran Sushi King, mereka telah mencipta kari yang paling pedas untuk you'all cuba, katanya hidangan baru ni terlalu pedas walaupun kami penduduk tempatan yang selalu makan kari sebagai makan harian. Memang sangat menarik!

Yang paling best ialah pelanggan sushi king boleh memilih dari salah satu kari set yang ada seperti  kari Tomato dan kari pedas asli untuk diperibadikan dengan kuah dan  hidangan simpangan macam ayam goreng (katsu), Makanan laut goreng atau  yakiniku.

Aburi Curry Tamago, Curry Tori Katsu Gunkan, Curryfornia Roll, Curry Ebi Fry Nigiri, Chicken Curry

Jangka masa untuk mencuba 11 hidangan baru ni adalah dari bulan April hingga akhir bulan June 2017 bolehlah anda semua menggunakan masa ini untuk berbuka puasa dengan Sushi King.
Apa yang anda tunggu lagi? Cepatlah pergi ke kedai sushi king yang berdekatan untuk merasai kehangatan Kari Jepun ni.

Makanan tidak lengkap tanpa pencuci mulut donut ais krim vanila dan matcha. Inilah kali pertama saya melihat donut dihidang dengan ais krim tetapi kombinasi ni menyelerakan jugak. 

Sempena sambutan “Curry with a Kick!”, Arisa dan sushi king nak buat giveaway, kalau tak join betul-betul rugilah kerana ia agak senang je untuk menangi hadiah ini.

Menangilah baju edisi terhad ni dengan menyertai giveaway sushi king di Facebook mereka: KLIK SINI


Untuk giveaway Arisa, ia agak senang! Tinggallah komen kat ruang dibawah post ini dan beritahu saya "mengapa anda ingin dibalanja oleh Sushi King & Arisa?" 
Komen yang paling kreatif akan menangi baucar bernilai RM150 untuk makan di sushi King!

Tempoh Giveaway ini start dari hari ini hingga 30th April 2017.



Untuk infomasi selanjutnya sila lawat Sushi King di:
Website: www.sushi-king.com
Facebook: www.facebook.com/sushikingasia



XOXO,

CONVERSATION

15 comments :

Pinku no Sakura said...

Hi Arisa!
Wah first time baca blog Arisa dalam bahasa, tak sangka Arisa boleh tulis lebih bagus dari saya!
saya ingin dibelanja oleh Arisa dah Sushi King kerana Sushi King adalah salah satu restaurant Jepun kegemaran saya, selain daripada harganya yang "mesra-pelajar", saya selalu menghabiskan masa di Sushi King pada hujung minggu dengan rakan-rakan2. Saya masih belum cuba menu Curry Kick dari SK lagi, harap-harap nanti lah xD

Btw, it was a fun read! :-)

Johan Yusof said...

Saya ingin dibelanja oleh Sushi King dan Arisa kerana kari Jepun merupakan salah satu makanan kegemaran saya dan jika dibelanja oleh Sushi King dan Arisa, tambah lagi enak kari Jepun teresebut! :)

Bro Framestone said...

Terkejut.... I xsangka u boleh write in Bahasa and it look so cute ;)

Auntie Lilly said...

Awesome New Menu From Sushi King. Hoping to win some dining vouchers fro my foodie family and me to review and check out their Curry Kick Menu. :-)

Gja Nawi said...

Only Sushi King can make an egg GOLDEN! Simple ingredient made to perfection. Sushi King is the only Japanese restaurant that my son approves and always asks for more. Saya ingin dibelanja oleh Sushi King & Arisa kerana this post is making me drool and craving for Sushi King! It would be mean not to treat a growling stomach =p

tenku butang said...

Saya ingin dibelanja oleh Sushi King dan Arisa kerana seumur hidup saya, belum pernah merasa sushi dari Sushi King kerana saya takut nak mencubanya sebab belum pernah makan sushi pada masa tu, tetapi selepas berkahwin saya dah boleh makan sushi buatan sendiri. Dan sekarang teringin nak menimati sushi king pula.. harap dapatlah peluang merasakan kenikmatan sushi king pula..

tenku butang said...

Arisa.. tak sangka awak pandai menulis dalam bahasa malysia.. its amazing! awesome gitu!

Arisa Chow said...

Aww terima kasih dear! Cuba jer :) all the best!

dr-Life said...

Arisa, terasa juga nak tulis dalam bahasa melayu selepas membaca blog anda. memang hebatlah!

Teringin saya nakkan voucher sebab bolehlah saya ajak arisa makan bersama!!

dr-Life said...

Arisa, terasa juga nak tulis dalam bahasa melayu selepas membaca blog anda. memang hebatlah!

Teringin saya nakkan voucher sebab bolehlah saya ajak arisa makan bersama!!

Fatina said...

Hi Arisa,

Saya pun first time datang blog you dan saya suka sangat menulis dalam bahasa..sweet je bila baca :)

Anyway, saya ingin dibelanja oleh Sushi King dan Arisa sebab saya tidak pernah lagi mencuba sushi king dan tidak pernah rasa apa-apa makanan jepun. Hati memang teringin sangat nak rasa cuma saya tidak pasti menu apa yang saya patut cuba tapi walaubagaimanapun, saya perlu mencuba sushi king untuk mengetahui bagaimana rasanya! :D

Cik Balqis said...

Hai Arisa. Tak nampak cacat cela pun bila guna bahasa melayu dalam blog. Perfect.

Saya ingin dibelanja oleh Sushi King dan Arisa kerana saya tidak pernah ataupun belum pernah menikmati kehebatan Sushi king yang dikenali sebagai "the best sushi" di Malaysia. Sememangnya tunas rasa dan reseptor-reseptor dalam lidah saya teringin sekali untuk merasa apa yang hebat pada Sushi King berbanding kedai sushi yang lain. Excited rasanya! Yummy!

khalidah abd hadi said...

Hi Arisa! Saya rasa bahasa melayu awak lagi fasih dari saya ni haha. Arisa dah try ke Menu Kari dari Sushi King ni? Ida kalau boleh nak try lah rasa kan sushi king curry ni sebab selalu datang sini makan sushi ala carte je.
"mengapa anda ingin dibalanja oleh Sushi King & Arisa?"
Hmm. Mungkin sebab ida baru mengandung minggu ke 20. Dan sepanjang 3 bulan lepas, morning sickness punya frasa ida tak ada teringin atau mengidam untuk makan makanan jepun sedangkan dulu sebelum mengandung makanan jepun makanan kegemaran ida. Suami ida paling kesian sebab kena tahan mengidam 3 bulan untuk tak makan makanan jepun kesukaan dia. Suami ida dulu belajar di Jepun lebih kurang 6 tahun. Jadi, dia tak pernah tak makan makanan jepun sebulan. Mesti kena makan. Tapi sebab ida ada alahan a.k.a morning sickness yang teruk, tengok makanan jepun pon tak lalu. Sekarang dah beransur pulih morning sickness dan suami tunggu je bila masa nak date makan makanan jepun lagi. Kakay dapat hadiah giveaway dari arisa ni, kira rezeki baby dan suami ni sebab ida lepas baca entri arisa terus macam mengidam curry chicken katsu tu. hehe

cleffairy said...

Why? I just wanna feed my always hungry son.

Izzat Ibrahim said...

Sushi is my favourite sushi restaurant. Arisa is also one of my favourite cosplayer. At the same time, I have my own sushi king membership card.

Canon EOSM10 Ambassador

Canon EOSM10 Ambassador

♠ Not Your Language? Click Me ♠

Back
to top